Saturday, August 20, 2011

Kemana arah anak - anak kita


Masa kita dulu, tak ada peluang untuk berbincang dengan ayah dan ibu pasal kerjaya masa depan. Ayah tak tahu apa. Begitu juga emak.
Seingat saya, masa di sekolah rendah dulu, setiap tahun ada borang yang perlu diisi tentang cita-cita. Tiga kerjaya yang popular pada masa itu adalah guru, polis, dan askar. Kerjaya yang lain-lain mungkin tidak tahu atau tidak didedahkan. 

uru, memang menjadi pilihan utama kerana kita selalu tengok guru kita. Begitu berautoriti dengan sebatang rotan ke sana ke sini di kawasan sekolah...

Polis dan askar pula mungkin kerana mereka nampak segak dan cantik dalam 'uniform'.

Pada masa kini, keadaan telah berubah. Informasi berada di hujung jari. Kita boleh tahu apa kerjaya dan maklumat tentang kerjaya tersebut dengan hanya menaip di komputer. Anak-anak kita mempunyai akses tentang maklumat kerjaya lebih baik berbanding dengan zaman kita. Tambahan pula, di sekolah ada guru kaunseling dan kerjaya.

Oleh yang demikian, skop pilihan kerjaya pelajar telah menjadi luas. Mereka mempunyai banyak pilihan untuk 'mengabdikan' diri mereka di masa depan sehinggalah mereka pencen.

Tetapi kadang-kadang, bila terlampau banyak pilihan juga menyusahkan. Membuatkan kita rambang mata dan sukar untuk membuat pilihan...

Masa inilah kita bertanya atau berbincang dengan ibubapa kerana takut-takut kita memilih bidang yang kurang sesuai dan akhirnya kita 'stuck' kat situ sepanjang hidup. Tetapi ada juga di kalangan masyarakat yang belajar di universiti bidang lain tetapi apabila bekerja di bidang lain. Jumlahnya tak ramai...

Setelah memilih kerjaya yang ingin kita ceburi atau tempohi, maka kita perlu belajar sedaya yang mampu bagi memenuhi kriteria kelulusan dalam matapelajaran-matapelajaran yang diperlukan di peringkat SPM. Bila kita cemerlang dalam SPM, pilihan kita untuk ke universiti agak luas. Begitu juga dengan peluang untuk mendapat bantuan biasiswa atau pinjaman...

Universiti yang ingin kita masuki juga seharusnya mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan. Ijazah dari universiti yang tidak diiktiraf hanya memberikan seseorang individu itu ilmu tetapi peluang pekerjaan mereka di sektor awam menjadi agak sukar.

Dalam kita hidup berjamaah, seharusnya perancangan kerjaya anak-anak selari dengan perancangan jamaah. Kita perlu ada anak-anak kita dalam semua perjawatan! Ada doktor, peguam, pensyarah, saintis, ustaz, askar, polis, pegawai tadbir & diplomatik, malah dalam politikpun perlu ada, disamping usahawan atau ahli perniagaan.

Semua perjawatan itu perlu dalam merealisasikan dakwah kita ke arah pembentukan negara Islam.

Kalau anak kita seorang doktor, biarlah ia menjadi seorang doktor yang islamik. Begitu juga kerjaya yang lain, menjadi seorang ahli politik tetapi ahli politik yang islamik. Tidak membeli banglo yang berjuta-juta diatas tangisan rakyat yang miskin dan daif. Tidak memiliki harta banyak tetapi rakyat susah.

Begitu juga peguam, polis, dan lain-lain. Menjadi seorang yang amanah, tidak rasuah, beretika kepada Allah, Rasul dan masyarakat.

Walau apapun perancangan, kecenderungan anak untuk menjadi 'apa' yang lebih penting! Kita hanya boleh memupuk semangat mereka ke arah perancangan kita tetapi 'at the end', dia yang akan belajar dan berkecimpung dalam bidang tersebut.

Anak-anak juga tidak mahu di'dictate' apa yang dia perlu 'jadi'... Biar mereka meneroka sendiri dengan bantuan, sokongan dan pengaruh dari kita.

Yang penting, kita tidak melemahkan atau mematahkan semangatnya yang berkobar-kobar itu. Cumanya, kita perlu memberi penjelasan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka tidak akan menyesal kelak dengan pilihan mereka. Anak-anak, kadang-kadang kurang faham dan tidak mempunyai pandangan jangka panjang. Apa yang mereka nampak hanya untuk beberapa tahun ke depan.

Keterbukaan kita untuk menerima pilihan kerjaya anak-anak juga penting.

Begitu juga anak-anak, mereka seharusnya membuka minda untuk menerima input dari kita sebelum mereka memproses maklumat untuk memilih bidang kerjaya mereka...

Akhirnya, terserahlah kepada mereka...

EGO

EGO kalau pada fahaman mummy adalah satu sikap dan perangai seseorang yang sombong dan riak tapi selalunya sikap ego tak boleh memberi apa - apa keuntungan pun.. malah merugikan .. teringat tentang seorang kawan yang terlalu ego sampaikan terpaksa bergolok bergadai kereta dek sikap ego .. kesian bila kita lihat orang yang macam ni .. mana tidak nya ...sikap ego itu sendiri boleh membuat seseorang itu hilang kawan hilang rasa hormat dan paling menyedihkan hilang kawalan diri...
     kalau kita bercakap tentang sikap ego . golongan yang selalu dikaitkan dengan ego selalunya lelaki .. tapi perempuan juga x kurang handaldalam hal - hal ego  ni .. al maklumlah EGO ini pun berkait rapat dengan nafsu ... kalau ego seseorang lelaki mmg boleh nampak terang - terang tapi kalau perempuan pulak mmg pandai selindung maka timbullah hipokrit .. satu lagi sikap yang kebanyakkan manusia ada ...  Macamana nak hilangkan rasa ego ? mummy rasa mesti ada cara kan .. mungkin dengan cara berdiam dan berfikir tentang kesalahan diri .. belajar menerima kesalahan diri sendiri dan belajar menjadi pemaaf ...

  Ego ego .. kalau mummy ada sikap ego .. tolong pergi jauh - jauh .. rasa x sanggup kehilangan kawan dek kerana sikap itu ...

Wednesday, August 10, 2011

wanita dan rokok

Dalam masa lima tahun terakhir ini selalu sangat nampak wanita merokok dimerata- rata tempat ,Dulu sangat jarang kecuali di cafe ,pub dan resto.Sekarang rupanya sudah sangat meluas dan tak ada lagi rasa pelik semaunya nampak normal jer sekarang :-)

Angka statistik dari Laporan WHO mengatakan bahwa jumlah perokok meningkat 2.1% per tahun di negara berkembang, sedangkan dinegara maju angka ini menurun sekitar 1.1% per tahun. Penelitian di Jakarta menunjukkan 64.8% laki-laki dan 9.8% perempuan dengan usia di atas 13 tahun adalah perokok.

Rokok dan perempuan? Hal ini telah melibatkan permasalahan tentang gender, femininitas, kesihatan janin, kanser payudara, kanker rahim, penampilan diri, dan gaya hidup.Perempuan merokok adalah sebuah problematika klasik. Dua hal penting masalah perempuan dengan rokok ialah dimulai dengan masalah kesihatan.

Dalam masalah kesihatan, banyak berita yang memaparkan tentang berbagai penyakit akibat kebiasaan merokok.Diantaranya batuk kering, kanser paru-paru, kanker mulut, dan sebagainya. Merokok juga menimbulkan perasaan takut, gementar, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangi nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan lain-lain.

Setiap kali kita menyalakan rokok, maka denyut jantung bertambah, kemampuan jantung membawa oksigen berkurang,HDL turun, dan menyebabkan pengaktifan platelet (sel-sel penggumpal darah). Orang seringkali tidak mau berhenti merokok karena alasan takut gemuk karena ngemil sebagai pengganti rokok membuat berat badan bertambah.Namun, mereka tidak menyadari bahwa risiko penyakit jantung akibat merokok setara dengan 100 pon kelebihan berat badan.

Setiap orang yang merokok, lelaki atau perempuan, pastinya mereka mengetahui bahaya dari merokok. Tapi, mengapa masih tetap mempertahankan sikap merokok?Perempuan perokok sudah memilih merokok sebagai gaya hidup mereka dengan segala bahaya dan risiko yang akan ditanggungnya sendiri.



** masalah nyer sekarang .. haku pun smoker women ..kikiki

HP IN MEMORY ....

yatt-lateef.blogspot.com

Hot Mummy Group

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...

Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....