Saturday, August 20, 2011

Kemana arah anak - anak kita


Masa kita dulu, tak ada peluang untuk berbincang dengan ayah dan ibu pasal kerjaya masa depan. Ayah tak tahu apa. Begitu juga emak.
Seingat saya, masa di sekolah rendah dulu, setiap tahun ada borang yang perlu diisi tentang cita-cita. Tiga kerjaya yang popular pada masa itu adalah guru, polis, dan askar. Kerjaya yang lain-lain mungkin tidak tahu atau tidak didedahkan. 

uru, memang menjadi pilihan utama kerana kita selalu tengok guru kita. Begitu berautoriti dengan sebatang rotan ke sana ke sini di kawasan sekolah...

Polis dan askar pula mungkin kerana mereka nampak segak dan cantik dalam 'uniform'.

Pada masa kini, keadaan telah berubah. Informasi berada di hujung jari. Kita boleh tahu apa kerjaya dan maklumat tentang kerjaya tersebut dengan hanya menaip di komputer. Anak-anak kita mempunyai akses tentang maklumat kerjaya lebih baik berbanding dengan zaman kita. Tambahan pula, di sekolah ada guru kaunseling dan kerjaya.

Oleh yang demikian, skop pilihan kerjaya pelajar telah menjadi luas. Mereka mempunyai banyak pilihan untuk 'mengabdikan' diri mereka di masa depan sehinggalah mereka pencen.

Tetapi kadang-kadang, bila terlampau banyak pilihan juga menyusahkan. Membuatkan kita rambang mata dan sukar untuk membuat pilihan...

Masa inilah kita bertanya atau berbincang dengan ibubapa kerana takut-takut kita memilih bidang yang kurang sesuai dan akhirnya kita 'stuck' kat situ sepanjang hidup. Tetapi ada juga di kalangan masyarakat yang belajar di universiti bidang lain tetapi apabila bekerja di bidang lain. Jumlahnya tak ramai...

Setelah memilih kerjaya yang ingin kita ceburi atau tempohi, maka kita perlu belajar sedaya yang mampu bagi memenuhi kriteria kelulusan dalam matapelajaran-matapelajaran yang diperlukan di peringkat SPM. Bila kita cemerlang dalam SPM, pilihan kita untuk ke universiti agak luas. Begitu juga dengan peluang untuk mendapat bantuan biasiswa atau pinjaman...

Universiti yang ingin kita masuki juga seharusnya mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan. Ijazah dari universiti yang tidak diiktiraf hanya memberikan seseorang individu itu ilmu tetapi peluang pekerjaan mereka di sektor awam menjadi agak sukar.

Dalam kita hidup berjamaah, seharusnya perancangan kerjaya anak-anak selari dengan perancangan jamaah. Kita perlu ada anak-anak kita dalam semua perjawatan! Ada doktor, peguam, pensyarah, saintis, ustaz, askar, polis, pegawai tadbir & diplomatik, malah dalam politikpun perlu ada, disamping usahawan atau ahli perniagaan.

Semua perjawatan itu perlu dalam merealisasikan dakwah kita ke arah pembentukan negara Islam.

Kalau anak kita seorang doktor, biarlah ia menjadi seorang doktor yang islamik. Begitu juga kerjaya yang lain, menjadi seorang ahli politik tetapi ahli politik yang islamik. Tidak membeli banglo yang berjuta-juta diatas tangisan rakyat yang miskin dan daif. Tidak memiliki harta banyak tetapi rakyat susah.

Begitu juga peguam, polis, dan lain-lain. Menjadi seorang yang amanah, tidak rasuah, beretika kepada Allah, Rasul dan masyarakat.

Walau apapun perancangan, kecenderungan anak untuk menjadi 'apa' yang lebih penting! Kita hanya boleh memupuk semangat mereka ke arah perancangan kita tetapi 'at the end', dia yang akan belajar dan berkecimpung dalam bidang tersebut.

Anak-anak juga tidak mahu di'dictate' apa yang dia perlu 'jadi'... Biar mereka meneroka sendiri dengan bantuan, sokongan dan pengaruh dari kita.

Yang penting, kita tidak melemahkan atau mematahkan semangatnya yang berkobar-kobar itu. Cumanya, kita perlu memberi penjelasan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka tidak akan menyesal kelak dengan pilihan mereka. Anak-anak, kadang-kadang kurang faham dan tidak mempunyai pandangan jangka panjang. Apa yang mereka nampak hanya untuk beberapa tahun ke depan.

Keterbukaan kita untuk menerima pilihan kerjaya anak-anak juga penting.

Begitu juga anak-anak, mereka seharusnya membuka minda untuk menerima input dari kita sebelum mereka memproses maklumat untuk memilih bidang kerjaya mereka...

Akhirnya, terserahlah kepada mereka...

EGO

EGO kalau pada fahaman mummy adalah satu sikap dan perangai seseorang yang sombong dan riak tapi selalunya sikap ego tak boleh memberi apa - apa keuntungan pun.. malah merugikan .. teringat tentang seorang kawan yang terlalu ego sampaikan terpaksa bergolok bergadai kereta dek sikap ego .. kesian bila kita lihat orang yang macam ni .. mana tidak nya ...sikap ego itu sendiri boleh membuat seseorang itu hilang kawan hilang rasa hormat dan paling menyedihkan hilang kawalan diri...
     kalau kita bercakap tentang sikap ego . golongan yang selalu dikaitkan dengan ego selalunya lelaki .. tapi perempuan juga x kurang handaldalam hal - hal ego  ni .. al maklumlah EGO ini pun berkait rapat dengan nafsu ... kalau ego seseorang lelaki mmg boleh nampak terang - terang tapi kalau perempuan pulak mmg pandai selindung maka timbullah hipokrit .. satu lagi sikap yang kebanyakkan manusia ada ...  Macamana nak hilangkan rasa ego ? mummy rasa mesti ada cara kan .. mungkin dengan cara berdiam dan berfikir tentang kesalahan diri .. belajar menerima kesalahan diri sendiri dan belajar menjadi pemaaf ...

  Ego ego .. kalau mummy ada sikap ego .. tolong pergi jauh - jauh .. rasa x sanggup kehilangan kawan dek kerana sikap itu ...

Wednesday, August 10, 2011

wanita dan rokok

Dalam masa lima tahun terakhir ini selalu sangat nampak wanita merokok dimerata- rata tempat ,Dulu sangat jarang kecuali di cafe ,pub dan resto.Sekarang rupanya sudah sangat meluas dan tak ada lagi rasa pelik semaunya nampak normal jer sekarang :-)

Angka statistik dari Laporan WHO mengatakan bahwa jumlah perokok meningkat 2.1% per tahun di negara berkembang, sedangkan dinegara maju angka ini menurun sekitar 1.1% per tahun. Penelitian di Jakarta menunjukkan 64.8% laki-laki dan 9.8% perempuan dengan usia di atas 13 tahun adalah perokok.

Rokok dan perempuan? Hal ini telah melibatkan permasalahan tentang gender, femininitas, kesihatan janin, kanser payudara, kanker rahim, penampilan diri, dan gaya hidup.Perempuan merokok adalah sebuah problematika klasik. Dua hal penting masalah perempuan dengan rokok ialah dimulai dengan masalah kesihatan.

Dalam masalah kesihatan, banyak berita yang memaparkan tentang berbagai penyakit akibat kebiasaan merokok.Diantaranya batuk kering, kanser paru-paru, kanker mulut, dan sebagainya. Merokok juga menimbulkan perasaan takut, gementar, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangi nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan lain-lain.

Setiap kali kita menyalakan rokok, maka denyut jantung bertambah, kemampuan jantung membawa oksigen berkurang,HDL turun, dan menyebabkan pengaktifan platelet (sel-sel penggumpal darah). Orang seringkali tidak mau berhenti merokok karena alasan takut gemuk karena ngemil sebagai pengganti rokok membuat berat badan bertambah.Namun, mereka tidak menyadari bahwa risiko penyakit jantung akibat merokok setara dengan 100 pon kelebihan berat badan.

Setiap orang yang merokok, lelaki atau perempuan, pastinya mereka mengetahui bahaya dari merokok. Tapi, mengapa masih tetap mempertahankan sikap merokok?Perempuan perokok sudah memilih merokok sebagai gaya hidup mereka dengan segala bahaya dan risiko yang akan ditanggungnya sendiri.



** masalah nyer sekarang .. haku pun smoker women ..kikiki

Thursday, July 28, 2011

SI SUAMI PEDULIKANLAH ISTERI MU ....berkongsi cerita Mummy Adila

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan ...Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Thursday, July 21, 2011

MY LAST COFFEE IN HAWLETT PACKARD

Here the days come. MY LAST COFFEE IN HP .gone a miss the coffee  ( :-) .. today my last day with all HP frenz ...esspecially frenz in fonterra account .. going to miss u all ... started in feb13 , 2009 by that time kita orang berdua me and Aidi .. sama - sama lapor diri same date ... this my 1st job in IT .. memang zero pasal IT nih ... langsung x tahu aper - aper .. but big thanks to Kudin (aisa) yang jadi sifu aku masa tu ..... but before that tak lupa  to say thank you to Mr sarshi yang bring me in to HP and also my friend Eddy ( abg fizi ..hikhik...)and big bos !! Mr Chin ... tq so much ..
Talking about working with HP .. in 2 years ++ .. acctually this team  ader macam - macam hal masa mula - mula masuk aritu .. al maklumlah .. ( everywhere is the same) tapi bila dah lama - lama kat sini dah rasa macam close to all ... sharing  everthing a happy time and hard time as well .. Mr Harjit as our SME  yang  acctually orang sangat nampak garang ... but ... ok lah x la garang sangat  pun ... hehe .. tq harjit .. happy working with u ..ok here nk story sikit pasal karektor  staff - staff kat sini yang x boleh dilupakan ...

Chin  - understanding bos tq chin ...
Eddy - frenz and in the same time  tempat meluahkan rasa tidak pusa hati ( sorry eddy .. hihi)
Harjit - Frenz and bos yang cakap banyak ... pok pet pok pet ... but  kalau xder sunyi gak ...
Kudin - Adik and frenz .. yang sedang mencari jodoh .. jgn malu - malu kudin nanti lambat dapat jodoh
Nizam - Nadia hubby .. tapi sekarang dah kat philips acct ... very helpful.. tq nizam
Nadia - Ni pun adik and kawan yang sekarang dah naik pangkat .. tahniah nadia
Aidi - Ni kawan yang mmg banyak cakap ... Mr joker kat dalam fonterra ... tq aidi for being frenz...
Lyaa - Sugan wife .. tq lyaa be my frenz .. send my regards to sugan..
Kovin  - frenz yang dulu nya x cakap banyak tapi sekarang ..dah banyak mulut ... happy  to have u as a frenz
Chee Kuan : Chinese man  orang kuat UAP yang dah promoted ... congrats frenz..
Tommy : This hansome guy .. hahhaa... tq tommy for being frenz as well
Mun kit : A cameraman in fonterra acctually ... happy get know u man ... :-)
Specky  : Ahmad .. frenz and suara yang paling kuat kat fonterra .. hihi ..
Chai Shin : sweet gurl in fonterra ... diet everything ... :-) no cake no choclate
Sazrul : new frenz in fonterra ... happy  to have u as frenz.. sgt loyarr buruk..
Indra  / Micheal : Asia team ... happy working with u all . all the best guys..
Damian : hahha this silent man ... tq for belanja papa rich today !!!
Fahmi : A new frenz and x sangka lak bole jumpa org satu kampung dalam fonterra ...
and The last  once ...........
Apit ... : tq pit .. jadi adik yang mendengar cakap  kikiki.. no gossip group anymore .. ops.... ( '', )

** have a good time with u all  .. a happy moment for 6th place in Amizing Race HP  best giler masa tu walaupun dah pancit .. tahniah pada yang dah promoted to new title.. ( naik pangkat beb !!). soooooooooo.......... apa - apa  pun u guys rock !!! peace no war ...

ops !! sorang lagi  kawan .. Kishen ... dah resign before me ... nice to have u also kishen ...

@@ wish me all the best in new job ...

Monday, June 13, 2011

KALAU MASA BOLEH TERHENTI ..

Teringat zaman sekolah bangun kul 6  pagi ..mak masakkan air pastu mandi ..pas ja mandi makan roti gan milo .. bas pakdin datang depan umah .. semangat lagi nk kesekolah ... ataas bus kena angin sejuk tertido sekejap ... bila sampai sekolah ..letak ja beg dalam kelas terus lepak gan kwan- kawan sementara loceng nak berbunyi ... fuhhh best nyerr masa tu x yah pikir  tentang nak bayar hutang ..tentang duit kereta yang tertungguk ataupun loan bank.. bahagia rasanya ...
dalam kelas cikgu sibuk mengajar kita sibuk berborak gan kawan - kawan plan nk pratis menari kat belakang sekolah  punyalah seronok masa tu al maklumlah Sekolah Sultanah Asma  kalau berlatih menari kan belakang sekolah mmg sah sah .. budak - budak sekolah Tunku Rauzah leh nampak hihihi budak - budak lelaki so dalam masa yang sama dapat cuci mata ... teringat lak masa tu  nama budak tu Irwan iskandar  suka gila nama tu best  kan ??orangnyer pun boleh tahan masa tu lah masa zaman sekolah ...
Petang balik ja dari sekolah kena g mengaji al - quran dekat masjid .. siap makan mandi  cam biasalah kayuh basikal lah aku nk ker masjid bukan jauh pun tapi malas sebab mata dah gantuk perut dah kenyang tapi tetap bahagia kerana xyah pikir nak top up handphone ... :-)
kalau lah bole tukar masa aku nak jer tukar kesemuanya tukar yang tak baik kepada yang lebih baik ... tapi itu cuma angan - angan xda apa yang dapat diubah .. apa yg kita ada sekarang tetap kena lalui hadapi walaupun perit tetap juga  teruskan ... moGa kita semua sama - sama tabah lah hadapi apa ja yang telah tuhan tentukan ... insyallah

Thursday, May 19, 2011

KASIH SAYANG

Lama x menulis di blog ... bz betul sekarang .. mummy nak share pasa/l perasaan dan kasih - sayang ..
perasaan adalah satu rasa yang mmg x bole ditipu .. dia selalunya datang ikhlas dari hati bila ada rasa barulah wujudnya kasih sayang  ...betul ka org cakap perasaan tu dtg x kira masa .. tak kira siapa ? camana kalau  dengan kaum sejenis ... salah ker ?kalau tanya mummy mummy jawab tak salah bergantung pada cara kita mengatasi nya ...
Camana pulak dengan isteri orang yang tiba - tiba ada persaan sayang pada  lelaki lain ? mmm rasa nya pada zaman sekarang banyak yg berlaku begitu kan ...kalu ikutkan hukum berdosa .. dan mmg seseorg isteri itu x sepatutnya ada perasaan dengan org lain selain suami sendiri ....subhanalllah ... macam - macam hidup dan kehidupan kita sekarang dah terlalu lali dengan alam dan terlalu pelik ... isteri keluar berkerja ..suami kat umah jaga anak ... yang si suami pulak tunggu saja si isteri kuar rumah mulalak cal sana sini .. nak kuar bercinta ....

perempuan yang jatuh cinta dengan perempuan .... itu semua bermain dengan perasaan.. kadang - kadang kawan karib sendiri yg bertahun - tahun kita berkawan tiba - tiba bercinta dengan suami kita ... dimana silap kita ?


pokok pangkal nay berbalik pada cerita tadi kasih sayang megatasi segalanya.. korang rasa ...???

HP IN MEMORY ....

Hot Mummy Group

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...

Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....