Sunday, February 27, 2011

HOMEMADE LIPS SCRUB BY MUMMY LINA


Scrub untuk bibir.. tk ramai yg buatt coz kdg2 org2 kite pandang ringan pasal bibir ni.. sbb tu kdg2 bibir kite hitam, kering dan kasar...kdg2 kite kerap pakai lipstick tp kite tak tahu bibir pun ada kulit2 mati yang perlu dibuang supaya cantik dan berseri mulut tu.. ok jom kite tgk bhn2nya..

bahan-bahan :

*2 camca besar gula
*satu sudu teh madu
*minyak zaitun

cara buat :

Ambil kira-kira 2 camca besar gula kemudian masukkan ke dalam mangkuk kecil. Tambah satu sudu teh madu, sebatikan campuran tadi hingga likat dan melekit. Jika mahu, anda boleh tambah beberapa titik minyak zaitun ke dalam adunan tadi.

Buang sebarang lipstick, lip gloss atau balms terlebih dahulu sebelum menyental scrub tadi di bibir anda. scrub bibir secara lembut pada bibir anda itu. Pastikan anda sental seluruh sudut bibir.

kemudian bilas dan sapukan lip balms yg sesuai.

SELAMAT MENCUBA =)

Friday, February 25, 2011

FUNGSI TEH DAN HALIA

Semalam Mummy Selsema yang teruk hidung ni dah jadi macam  Bengkak sebab asyik gosok - gosok hidung dengan tisu , mummy memang ada masalh Sinus yang terk dah macam - macam dah ubat yang mummy ambik termasuklah rawatan tradisional ..semalam mummy adrer letak dalam wall HOT mummy group pasal nk hilangkan masalah selsema ni .. ada mummy - mummy yang suruh  minum Teh dan Halia ... Jadi mummy buat lah .. alhamdulilah mmg reda .. dapat la mummy keluar jumpa mummy amy kat KL Sentral 

Tefikir tentang Fungsi Teh dan Halia macama mana dia bertindak .. dan kenapa boleh kurangkan Selsema .. jom kita Share ... Teh adalah herba daun yang dijumpai oleh maharaja CIna satu ketika dulu . bukan sahaja ten menjdi minuman harian tetapi ten mempunyai khasiat menbuang fungus danparasit dalam badan .. patutlah Sinus kita boleh cepat hilang manakala Halia Halia juga mempunyai kebolehan bagi menstimulasi sistem imun badan. Sebatian dalam halai merangsang aktiviti macrophages, iaitu sel darah putih yang menghalang kemasukan organisma asing ke dalam badan seperti virus, bakteria dan yis.halia juga baik bagi meningkatkan aktiviti sel -T, iaitu sel imun yang merupakan pusat kepada keseluruhan sistem imun badan. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika secara tradisioanl halia digunakan bagi merawat infeksi di bahagian respitori.Selain itu, halia juga mampu manghalang pertumbuhan parasit dui dalam usu (intestial ) manusia. Ini termasuklah amoebes, sejenis parasit yang menyebabkan disentrio. Jika disentri tersebut berlanjutan, ia mungkin akan membawa maut.dalam banyak perubatan tradisional, halia telah digunakan bagi membunuh cacing (pinworms) sejenis parasit yang terdapat di dalam usus.

MMM so nampak tak  keserasian Halia Dan Teh ??? anyway terima kasih pada mummy - mummy didalam HOT mummy yang Mencadangan Teh Halia ...

Thursday, February 24, 2011

BERKONGSI CERITA DR MUHAYA

Mummy buka blog Dr Muhaya tadi terbaca updated terbaru Dr .. tentang seorang isteri  yang matanya sakit dan bengkak , rasa takut juga sebenarnya bila membaca  tapi mummy terpanggil untuk mencuri sedikit kata - kata Dr  iaitu :


1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.



 Betullah tu bila kita belum berkahwin . syurga dibawah tapak kaki Ibu tapi bila kita dah berkahwin segala - galanya dah bertukar pada suami  , sebagai wanita memang itu adalah tanggung jawab kita menjaga  suami dari segala segi .. namun ada juga dari sesetengah phak yg berfikiran suami  bukan jenis yang boleh diberi muka  kalau tidak jadi melampau .. mummy setuju jugak dengan kata - kata tu .. sebagai seorang wanita yang 3 tu tetap kita kena jaga .. yg nak bagi  muka atau tak .. pandai - pandai lah kita  bermain dengan keadaan .. insyallah .. setiap wanita sentiasa mahukan yg terbaik untuk keluarga  .. ingin menjadi isteri yg terbaik .. moga segala yag ingin kita lakukan sentiasa di redhai tuhan .. aminn ..


Tuesday, February 22, 2011

INTAI - INTAI MUMMY WIWIK AFIZA

Tentera Pengaman Malcolm East 6 Misi pasukan sementara pertubuhan bangsa- bangsa bersatu di Lubnan  itulah yang mummy tahu serba sedikit pasal Mummy Wiwik  dia diantara salah seorang tentera wanita yang dihantar kesana . mm macam best kan  mummy kita yang sanggup berkorban tingagl ana  dengan suami  berpisah jauh - jauh .. tak semua orang boleh buat macam tu  taww ..
Mummy Wiwik ni salah seorang dari group Hot Mummy  anak dier kecil  lagi kalau tak salah mummy kurang dari 6 bulan insyallah katanya 15 march ni dia dah boleh balik ke Malaysia  ,Sepanjang perbualan Mummy dengan Wiwik Afiza  kataya aktiviti dioorg kat sana banyak memberikan servis dah beramah mesra dengan rakyat kat sana  ada juga aktiviti kesenian  kat sana untuk memperkenalkan Malaysia ...ok lah sampai sini saja mummy tumpang bercerita  nanti kalau ader masa kita biar Mummy Wiwik  yang bercerita keadaan dan aktiviti disana dengan panjang lebar lagi ..


Friday, February 18, 2011

MERAWAT KULIT MUKA TAK SEKATA

Mummy - mummy  ada mengalami pigmentasi kulit? Sama ada berlakunya perubahan pada warna kulit muka, muka berjeragat ataupun timbulnya bintik-bintik hitam. jika ada, bolehlah mummy try petua ni  menggunakan khasiat lobak merah.



Cara-caranya;
1. Anda ambil sebatang lobak merah.
2. Kisarkan lobak merah tersebut dengan menambah sedikit air.
3. Kemudian, tapis dan tuangkan jus lobak merah tadi ke dalam cawan dan minum
4. Apa yang anda perlukan ialah ekstrak lobak merah.
5. Seterusnya, ambil ekstrak lobak tadi dan sapukan pada kulit muka.
6. Biarkannya dalam 20 – 30 minit dan bilas dengan air bersih.
Amalkan langkah ini setiap hari bagi menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah anda.

Selamat Mencuba!

URUTAN WAJAH YANG BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur.
Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. 
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. 
Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. 
Perlu diingat,
 jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli
                                                      dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Wednesday, February 16, 2011

HARUMAN YANG BERKEKALAN

'' KALAU KITA MENGUNAKAN PERFUME YANG SAMA LEBIH DARI 2 TAHUN  BAU ITU AKAN TERUS MELEKAT PADA BADAN KITA ''

betullah  tu !! , bau perfume tu dah macam sebati dengan badan kita kalau satu hari kita terlupa nak pakai pun dia tetap ader dan wangi .. best kan .. esspecially suami kita .. org yang dekat dengan kita mesti pun 

tapi yang selalunya melekat pada badan kita iaitu perfume oil ... sebab  bau perfume lebih lama bertahan daripada perfume biasa ... satu lagi perkara yang mummy nak share tentang bau perfume .. bau yang soft dan wangi boleh menimbulkan mood seseorang dan dalam masa yang sama boleh melambangkan diri seseorang itu ... Mummy sukakan Bau white musk sebab bagi mummy bauan  lembut dan menyamankan .. jarang sangat mummy tukar perfume lain . kalau beli perfume lain pun sebagai koleksi jer ... bayangkan pakai white musk dari zaman- zaman sekolah lagi .. kalau tukar bau lain memang macam x puas jer ... kalu kita nak bau tu lebih sebati dengan kita gunakan shower gel , lotion  dengan bauan yang sama .. barulah bau tu boleh lebih lama dalam badan kita ... Kawan - kawan mummy sibuk dengan perfume yang mahal - mahal tapi mummy kalau nk beli perfume cukuplah menjenguk di THE BODY SHOP  ...kita boleh beli dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kat sana ... lagipun perfume oil kat sana semua nya NON alkohol .. bagi mummy2 yang sukakan Non Akohol amat sesuai mengunakan jenama Body shop ..



=================================

Perfume Pyramid

Top Notes
Lily Musk Galbanum Basil Ylang-Ylang
Middle Notes
Lily Musk Jasmine Rose
Base Notes
Orris Amber Patchouli Musk Vanilla PeachJasmine Oakmoss Vetiver Rose

(White Musk is a comfortable and velvety female fragrance, dedicated to every woman and perfect for every moment and occasion. It opens with notes of ylang-ylang, galbanum and basil, followed by the heart of jasmine, rose, musk and lily,and settling at the base dominated by musk along with jasmine, rose, iris, amber, patchouli, vetiver, peach, oakmoss and vanilla. Besides an intensive 30 ml eau de perfume, White Musk is available as 15 and 30 ml White Musk Perfume Oil and 30 and 60 ml eau de toilette.)


Saturday, February 12, 2011

HAJAT HOT MUMMY WITH MUMMY SURY



Ini satu lagi Slot baru Hot mummy blog iaitu Hajat Hot mummy , Slot ni untuk semua hot mummy yang mempunyai masalah , tak sihat atau kesulitan keluarga ...



Seperti yang kita tahu mummy suri kita tak sihat baru - baru ini kerana  injection utk slipdisc balakang yang dibuat di  Perdana Specialist Hospital Kota bahru Kelantan . kebetulan mummy Asmy memang berasal dari kelantan jadi mummy minta dia wakilkan Hot mummy group untuk sampaikan buah tangan .. mengikut kata mummy Asmy  keadaan mummy Suri alhamdulilah sihat  sebab belum lagi dibuat katanya ditangguh untuk 13 feb ni .. iaitu keesokkan harinya 


Buat Mummy suri semoga cepat sembuh dan yang paling penting dilindungi Allah swt..Amin ...


TQ Mummy Asmy menjadi wakil hot mummy di kelantan

coretan :Mummy Anna 

Wednesday, February 9, 2011

INTAI - INTAI MUMMY Khairul Nisha

Jom Intai Mummy Shasha


Dah lama mummy tak usik laman intai - intai ni ..so arini mummy nk share pasal mummy shasha atau nama dalam  facebook Khairul Nisha Kushin ., mummy shasha  ni tokey besar sebenarnyer ..(hehe) ERIESYA SPA , mummy shasha muda lagi tapi dah jadi tokey besar dan satu lagi yang special pasal dier ..dier tak sombong dan sangat peramah ..dulu mummy penah buat event bengkel kecantikan dan masa tu mummy shasha ader sponser sabun spa untuk semua participant .wahh best  
          Harap - harap event kita sekali lagi ni  ader lah sponser dari eriesya spa.. insyallah ..selain dari tu mummy shasha pandai dan tahu cara buat sabun nanti bila kita berkesempatan kita buat bengkel belajar buat sabun ..ok ...buat mummy shasha harap akan sentiasa success bersama kerja, anak dan suami tersayang ..





RESEPI MUMMY ANNA

MAKARONI GORENG
bahan2 :-
serbuk kari ayam /daging
kulit kayu manis
bunga lawang
bawang
daun kari
Daging cincang
Udang
Bunga Kobis
Karot
Daun Sup
Garam / Ajinomoto ( mesti heheh)
Makaroni - rebus

Caranya 
1) tumis bawang / kulit kayu manis / bunga lawang/daun kari
2) masukkan serbuk kari biar pekat 
3)masukkan daging dan udang 
4)masukkan sayur 
5) Masukkan makaroni  kacau sehingga masak dan hidangkan .. sedia untuk dimakan opss jgn lupa daun sup potong kecil2 taburkan ..

RESIPE MUMMY MEZA

MAKARONI SUP
bhn: 
makaroni 
2 bj bwg putih + 1 biji bwg besar + 1/2 inci halia = blender
kiub sup bunjut @ rempah sup
mushroom sup 1 tin (jenama campbell's [kalau blh yg ada ayam + mushroom])
ayam yg diptg kecil2
sayuran spt:
Carrot, putik jagung, sellerie, bunga kobis, cendawan

cara2:

1. makaroni dibasuh dan direbus.
2. tumis bhn yg diblender then masukkan kiub sup bunjut @ rempah sup.. dah agak2 masak atau pecah minyak masukkan pula mushroom sup bersama 2 tin air.. ( kalau tak nak pekat, tambah la air lagi.. terpulang ikut selera tukang masak) kacau .. then masukkan ayam.. bior memdidih dan tunggu spai ayam tu empuk. kemudian baru masukkan sayur-sayur tadi.. bior le sayur tu masak pulak..
( kalau ikut kan saya yg brutal nie.. saya masukkan semua sekali masa kita masukkan mushroom sup tadi.. cepat sikit masak nye.. hehehe)
pastu boleh lah dimakan bersama dgn makaroni yg dah rebus tadi..
mmmm... yum..yum
selamat mencuba

Monday, February 7, 2011

BUAT MUMMYS TERSAYANG

assalamulaikum semua ,

salam sayang buat semua mummys.. 1st sekali terima kasih yang tak terhingga sebab sedar tak sedar dah hampir 300 org ahli dalam group kita ..syukur .. arini mummy rasa macam nk menitik air mata bila terbaca semua komen- komen kat dalam wall hot mummy ..wall hot mummy hari ni tersangat lah busy.. support dari korang semua yang tersangat mummy hargai ... syukur ..

Mula - mula dulu bila buat group ni hanya sekadar suka2 menambah kenalan dan bertukar pendapat , tips dan cerita..tapi hari ni x sangka Hot mummy dah bertambah hot dan macam2 aktivity yg kita rancangkan ...Tq so much

(ayat sedih la pulak .:-( ...hehehe.). selamat datang kedunia hot mummy ..kita jadikan iainya landasan untuk membantu semua mummys kat luar sana ....semoga wakil- wakil yang dilantik akan sama - sama bantu semua mummy- mummy dalam group ni ..insyallah ...



WAKIL - WAKIL HOT MUMMY..

ZONE KL & SELANGOR :Ayu Hashim,Mayamasliliz Pridaus,Rozita Ogy,Zac Zakiah,Kiah Pekasam

ZONE KEDAH:Rafiza Abdulrahman, Mummyalyaa Badrishah, (memerlukan lagi 2 org wakil )

ZONE PENANG :SuRi SMa
ZONE KULIM :Irtifa' Izzati Hamdan

ZONE KUANTAN :Nariena Riena

ZONE KELANTAN :Asmy Nizza Nozzan

ZONE SEREMBAN : MASIH KOSONG

ZONE MELAKA : Datin Faizah , May BrandedStuff

TAIPING & PERAK : Amalina Abd Razak , Syuhair Sue

ZON JOHOR : Jannah Ithnin , Noridah Ariffin Ariffin , Sarimah Yackob , Ferra ArePeace

Semoga pemilihan ini dipersetujui dan dapat memberi kerjasama untuk HOT MUMMY GROUP ...

Thursday, February 3, 2011

HOT MUMMY - NEWS update - 02/02/2011

ASSALAMULAIKUM ,

Mula sekali terima kasih sebab meyokong Hot mummy group selama ini

Pencarian wakil hot mummy bagi setiap zon :-

Zon utara :SILA CALONKAN
Zon selatan : SILA CALONKAN
Zon Timur : SILA CALONKAN
KL / Selangor :SILA CALONKAN

ini adalah bertujuan untuk menubuhkan Register Of Society untuk sebarang kerja- kerja kebajikan atau apa saja aktivity Hot mummy .

Mummy berharap semua dapat memberi kerjasama untuk menjayakan HOT mummy GROUP .

Cadangan : Yuran Tahunan / yuran bulan / kad keahlian / pendataran

** JGN INGAT MUMMY - MUMMY TAK HOT .. KITA BOLEH MENJAYAKAN APA SAJA ASALKAN ADA KERJASAMA.. insyallalh

HP IN MEMORY ....

Hot Mummy Group

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...

Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....