EGO kalau pada fahaman mummy adalah satu sikap dan perangai seseorang yang sombong dan riak tapi selalunya sikap ego tak boleh memberi apa - apa keuntungan pun.. malah merugikan .. teringat tentang seorang kawan yang terlalu ego sampaikan terpaksa bergolok bergadai kereta dek sikap ego .. kesian bila kita lihat orang yang macam ni .. mana tidak nya ...sikap ego itu sendiri boleh membuat seseorang itu hilang kawan hilang rasa hormat dan paling menyedihkan hilang kawalan diri...
kalau kita bercakap tentang sikap ego . golongan yang selalu dikaitkan dengan ego selalunya lelaki .. tapi perempuan juga x kurang handaldalam hal - hal ego ni .. al maklumlah EGO ini pun berkait rapat dengan nafsu ... kalau ego seseorang lelaki mmg boleh nampak terang - terang tapi kalau perempuan pulak mmg pandai selindung maka timbullah hipokrit .. satu lagi sikap yang kebanyakkan manusia ada ... Macamana nak hilangkan rasa ego ? mummy rasa mesti ada cara kan .. mungkin dengan cara berdiam dan berfikir tentang kesalahan diri .. belajar menerima kesalahan diri sendiri dan belajar menjadi pemaaf ...
Ego ego .. kalau mummy ada sikap ego .. tolong pergi jauh - jauh .. rasa x sanggup kehilangan kawan dek kerana sikap itu ...
No comments:
Post a Comment