Monday, January 31, 2011

INTAI - INTAI MUMMY ASMY NIZZA

Hi Mummy semua , Hari ni mummy nk bercerita dengan kawan baru mummy iaitu mummy Asmy .. dier baru ja try guna produk http://www.biocareer2u.com/  mummy baru jer berborak dengan mummy asmy pagi tadi .. dai suruh mummy tgk gambar sebelum dah selepas pakai produk biocell .. mm yerlah bila mummy tgk gambar lama dier ader numpak kulit yang kusam mungkin sebab umur kita .. macam mummy pun kulit bukan cantik sangat bila dah umo naik 30 ni kulit kita akan jadi kering dan kalau kita tersilap pakai produk kulit kita akan kusam .. tambahan pula mummy kerja 5pagi .. bayangkan lah muak camana bila dtg kerja hehe ...

ok kat sini mummy nk share perubahan wajah mummy Asmy yg semakin cerah ..ikut kata mummy Asmy dia baru ja pakai 2 minggu  dan mg nampak bersih dan segar .. tadi mummy ader juga tanyer harga nyer berapa .. RM250 .. kalau pakai tahan 2 - 3 bulan berbaloi juga kan ..untuk mummy Asmy selamat berjaya  dah harap mummy Asmy akan sentiasa cantik, ceria dan yang paling penting HOT...

* gambar sebelah kiri - selepas
* gambar sebelah kanan - sebelum

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001158366779

Sunday, January 30, 2011

TIP BILA MUKA ALERGIK GATAL_ GATAL SELEPAS FACIAL

Selalunya bila lepas facial kulit kita akan merah - merah sebab dah picit jerawat , buang blackhead   dan terutamya dekat hidung mesti rasa pedih - pedih . ada juga yang samapai bengkak - bengkak muka untuk megelakkan daripada kita alah atau alergik dengan produk yg digunakan .. tanya lah dulu apa produk yang diaorg pakai jangan main buat facial jer sebab sekarang  banyak produk yang dari luar yang digunakan untuk facial  esspecially scrub .. ader sesetengah kulit yang memang tak tahan dengan produk luar ..this time mummy nk share pasal tips nak hilangkan elergik dan supaya  kulit muka kita                         
                                                      sejuk dan reda .
*****
1 Biji Buah Timun  / Tomato
1 biji telur  ( telur putih nya sahaja )
Blander  bahan bahan
Masukkan kedalam peti sejuk lebih kurang 15 minit  kemudian tampalkan pada muka biar selama 30 minit
*************************
kemudian basuh muka gunakan sebagai scrub then siap !!!


nanti u all akan rasa lebih selesa *** SELAMAT MENCUBA **






INTAI- INTAI MUMMY RIENA



Hari ni mummy nk bercerita pasal mula - mula berkenalan dengan mummu Riena , masa u mummy riena approch mummy ajak join internet income .. ader lah mummy baca dan mummy join juga tapi mummy ni pasal - pasal nk promote lemah sikit so berkuburlah side income mummy tu , tapi mummy riena ni agak peramah dan banyak idea so tiap pagi mummy borak dengan mummy riena ader jer idea mummy riena .. hari ni mummy sajer
 selak- selak tgk  gambar - gambar mummy Riena .dulu mummy penah comment gambar - gambar mummy riena mummy rasa muka dier ader lah macam Aida Rahim sekarang kan Aida rahim dah bertudung .. sama lah memang sebijik ... hari mummy letak dua - dua gambar sekali gambar mummy RIena dengan gambar Aida Rahim jomm kita tgk sama tak ... memang ayu .....kan kan kan .... 

Saturday, January 29, 2011

INTAI - INTAI MUMMY AYU


Semalam mummy tidur rumah cousion .. sebab nak bagi anak anak main pool ..swimming puas - puas ..tapi anak mummy yang sulung tu xnak join pasal katanya ader kawat di sekolah so diatumpang tdo umah kawan baiknya tasya.. (anak mummy Ayu ) sebelum mama pergi umah cousion mummy tu singgah lah hantar anak mummy dulu ..masa tu terjumpa dengan mummy Ayu ..wahhh.. mummy Ayu betul2 dah slim.. dan nampak lain ... Setahu mummy ..mummy ayu dah berenti kerja sejak - sejak join produk beautiful ni .. best kan dapat jadi bos sendiri alhamdulilah ...Satu lagi hari ni bila mummy Intai - Intai Fb mummy Ayu ternampak gambar mummy Ayu dalam album Charity Bazaar ..whh tengok tu ader banting gambar mummy Ayu yang dulu dan sekarang ..Tahniah ya mummy Ayu .. mummy doakan agar mummy ayu sentiasa sihat dan bertambah rezeki ..amin 


ps* Kalau nk tahu rahsia yang selebihnya .. carilah Mummy Ayu

Friday, January 28, 2011

INTAI _ INTAI MUMMY SURI

Hi  mummy - mummy semua ini slot baru dalam hot mummy ...


Hari ni mummy MC .. demam ngada- ngada sikit ..hehe blaik dari ambil anak sekolah mummy singgah g klinik ambik MC dan ubat sekali dah 2-3 hari mummy asyik flu ajer   malam jer badam sejuk macam nk demam ..tapi doktok cakap xder aper2 demam biasa saja .. alhamdulilah ...balik dah pukul 3  buka jer facebook banyak nyer comment dalam facebook yang sedang menunggu mummy online .. Windu jugak pada mummy kan ..hehehe .ok mari kita cerita pasal intai - intai mummy hari ni ..
 mummy arini nak intai - intai mummy Suri ..bila buka jer wall mummy suri wahhh mummy suri upload gambar dia masak makan untuk hari ni ... fuhhh sedap nyerr lah ..yang paling mummy tak tahan tu tgk pekasamm aduss mana bleh tahan sedap tu kalau tiap hari mummy suri yang masakan nak pulak gemuk mummy ..sedap taww .. masakan mummy suri simple jer ...PEKASAM GORENG , SAYUR  &  TELUR DADAR  .. 
cu kuplah buat air liur ni meleleh ...Tq ya mummy suri sebab sudi share menu mummy hari ni ....


Tuesday, January 25, 2011

TIP KECANTIKAN BY MUMMY RIENA

coretan mummy riena :


saya amat mementing kecantikan luar dan dalm..yg ptg kita kena cantik kt dlm hati dulu br di luaran....klu nk cantik ...utk 


penjagaan muka:

sy amalkan membersih muka dgn mgunakan scrup utk menanggalkan make-up..sy sental n urut dimuka selama 10 mnit...dn bersihkan..selepas itu sy ambil sbn pencuci muka dr product sendayu tggi..sy cuci lagi sekali dan akhir sekali sy ambil ais dan lumurkan ais itu seluruh muka..dan anda akan merasai kenikmatan wajah anda yg bersih lg segar...sy amalkan setisp hari....cubalah...dgn membaca selawat nabi...insyaalah..jika utk kebaikan....kita akan dpt apa yg kita hajati...semua itu untuk diri kita bukan untuk sesiapa....



BY :MUMMY RIENA
http://www.facebook.com/profile.php?id=1418587874

Sunday, January 23, 2011

MANJAKAN DIRI - DARI MUMMY ANNA

MANJA KAN DIRI seminggu sekali .......


kalau rajin dan kalau ada masa kita boleh buat 2-3 kali seminggu , boleh gunakan bahan - bahan tradisional seperti hampas kelapa , beras pulut yang dihancurkan ataupun untuk lebih senang lagi beli saja di pasaraya jenama - jenam skrub yang banyak dia pasaran sekarang .kalau saya saya juga mengunakan sarung tangan yang saya beli dari THE BODY SHOP sarung tangan skrub ini dapat menambahkan lagi aksesori skrub.tujuan skrub adalah untuk membuang kulit atau sel kulit mati selain draipada itu skrub juga boleh melembutkan kulit anda ..manjakan diri anda dengan skrub dan kemudian sapukan losyen atau baby oil untuk relaks .. let do it............

TIPS KESEGARAN WAJAH -DARI MUMMY RIENA

UNTUK MENYEGARKAN DAN MELICINKAN KULIT:


amalkan petua ni: selepas bangun dr tidur atau sebelum cuci muka tu,ambil seketul ais sapukan pd wajah anda..sblm tu selawat nabi 3x insyaalah muka anda bersih tegang n segar,bg yg nk make tu ..bila dia dah make up..mmg tahan lama  amalkan selalu .
.insyaallah 




by :Mummy riena 
http://www.facebook.com/profile.php?id=1418587874

MEMBUAT SKRUB BADAN - DARI MUMMY ANNA

SKRUB GULA UNTUK KULIT SIHAT DAN BERSINAR

Pengelupasan sel kulit mati merupaka kunci kepada kulit yang lebih sihat dan bersinar. Malah ia juga mencegah pembentukan bulu yang tumbuh di dalam kulit. Dengan menggunakan skrub gula, anda pastinya dapat mencapai kulit badan yang lebih lembut dan bermaya. Kelebihan skrub gula bukan sahaja dapat membersihkan badan malah menyediakan tindakbalas penyembuhan dan hidrasi memandangkan siri-siri itu terdapat pada skurb gula yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.


Penggunaan skrub gula yang berterusan dapat membersihkan permukaan kulit dan pori-pori tersumbat yang menggalakkan proses pertukaran sel kulit. Disebabkan skrub gula berasal daripada bahan alami, tidak timbul kesan sampingan yang memburukkan kulit dan ini menyebabkan ia sangat sesuai dengan mana-mana jenis kulit. 
Anda boleh menggunakan skrub gula selepas mandi untuk mengecapi kulit yang lebih bersih dan segar. Untuk menambah berita baik ini, anda boleh membuat sendiri skrub gula di dapur rumah anda.

Cara-cara membuat skrub gula.

1 cawan gula
1/2 cawan extra virgin olive oil
jus lemon (jika mahu)
minyak essential (jika mahu)
Anda hanya perlu mencampurkan ke semua bahan ini bersama-sama di dalam bekas. Skrub gula anda kini tersedia untuk anda mengecapi kulit idaman anda!


Selamat mencuba

by :mummy Anna
http://www.facebook.com/ayieanna

RESEPI KESEGARAN WAJAH DARI MUMMY SURI

.suri tak reti bab2 nak buat sendiri ni tp suka arr mencuba yg traditional ni..selalu suri buat kalau letih sangat & muka pun dah sembab..


cara tradisi untuk jaga kesegaran wajah..
suri ambil daun sirih rebus dgn air campur sikit garam...dah mengelegak angkat, 
ambil tuala besar selimut kepala dalam besen yg dah sedia air rebusan daun sirih tadi tu wap 10 minit 
cuba bernafas ikut hidung biar wap tu masuk ke saluran pernafasan...lepas tu leh tengok biji mata pun cerah jer..muka berseri2, kalau org ada resdung ni buat selalu mmg hilang terus resdung tu...insyaalah ..cuba lah..senang jer ni :)))


Resepi dari : Mummy Suri 
http://www.facebook.com/SuRiSMa

FORMULA MEMBUAT LOOSE POWDER - DARI MUMMY SHASHA

Bahan: 

1 sudu makanTepung Beras 


1 sudu makan ubi 


1 / 4 sudu makan White pearlescent Mica (pilihan) 


1 / 2 teaspoon micronized titanium dioksida (pilihan) 


mencubit sedikit warna coklat (micas)utk kulit gelap

 

Blending Prosedur: 

Sukat semua bahan ke dalam pengisar kecil dan kisar selama 2 minit. (Gunakan pengisar baru atau prosesor - yang dpt menyisihkan untuk kosmetik sahaja.) Apabila anda menambah warna micas pastikan anda hanya menggunakan jumlah yg kecil bersesuaian warna kulit anda.Hati-hati semasa proses transfer ke dalam bekas serbuk kecil atau jar. Gunakan BERUS LEMBUT dan memberus semua produk dari sisi pengisar ke dalam botol itu.



BY :ERIESTA SPA - mummy shasha
http://www.facebook.com/sashaeriesya

HP IN MEMORY ....

yatt-lateef.blogspot.com

Hot Mummy Group

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...

Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....