SKRUB GULA UNTUK KULIT SIHAT DAN BERSINAR
Pengelupasan sel kulit mati merupaka kunci kepada kulit yang lebih sihat dan bersinar. Malah ia juga mencegah pembentukan bulu yang tumbuh di dalam kulit. Dengan menggunakan skrub gula, anda pastinya dapat mencapai kulit badan yang lebih lembut dan bermaya. Kelebihan skrub gula bukan sahaja dapat membersihkan badan malah menyediakan tindakbalas penyembuhan dan hidrasi memandangkan siri-siri itu terdapat pada skurb gula yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Penggunaan skrub gula yang berterusan dapat membersihkan permukaan kulit dan pori-pori tersumbat yang menggalakkan proses pertukaran sel kulit. Disebabkan skrub gula berasal daripada bahan alami, tidak timbul kesan sampingan yang memburukkan kulit dan ini menyebabkan ia sangat sesuai dengan mana-mana jenis kulit.
Anda boleh menggunakan skrub gula selepas mandi untuk mengecapi kulit yang lebih bersih dan segar. Untuk menambah berita baik ini, anda boleh membuat sendiri skrub gula di dapur rumah anda.
Cara-cara membuat skrub gula.
1 cawan gula
1/2 cawan extra virgin olive oil
jus lemon (jika mahu)
minyak essential (jika mahu)
Anda hanya perlu mencampurkan ke semua bahan ini bersama-sama di dalam bekas. Skrub gula anda kini tersedia untuk anda mengecapi kulit idaman anda!
Selamat mencuba
by :mummy Anna
http://www.facebook.com/ayieanna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hot Mummy Group
Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,
Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...
Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....
No comments:
Post a Comment