Friday, March 18, 2011

KEMPISKAN PERUT

Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat mummy kongsikan disini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".
Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.
C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.
2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.
3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.
senaman back extension
Senaman back extension - health.msn.com
4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.
5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.
Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch
1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.
2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.
3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.
4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.
5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.
6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.
7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.
8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.
Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)
Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.


BUAT JGN X BUAT !

No comments:

Post a Comment

HP IN MEMORY ....

yatt-lateef.blogspot.com

Hot Mummy Group

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Saya Mummy Anna Founder untuk Hot Mummy Group , dan Queens Mummy (FB) pertama sekali terima kasih yang tak terhingga buat kawan - kawan dan follower Hot Mummy Group dan Queens Mummy tanpa anda tak adalah group ini .
Disini saya ceritakan sedikit tentang lakar belakang saya ..saya mummy pada 3 orang anak ..berkerja dan dalam masa yang sama meguruskan bisnes kecil kecilan ..mempunyai suami yang penyayang san sentiasa memberi sokongan atas segala kerja dan apa saja yang saya lakukan ...

Tujuan Hot Mummy ditubuhkan adalah untuk bertukar- tukar pendapat , menambah kawan - kawan dan dalam masa yang sama megeratkan silatulrahim .. moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan aminn....